The Prophet said, “The keys of the unseen are five and none knows them but Allah: (1) None knows what is in the womb, but Allah: (2) None knows what will happen tomorrow, but Allah; (3) None knows when it will rain, but Allah; (4) None knows where he will die, but Allah (knows that); (5) and none knows when the Hour will be established, but Allah.”

Sunday 31 July 2011

Nikmat Kesihatan

Alhamdulillah..dapat semua berkumpul walaupun tak serentak..iaitu 2 hari lagi sebelum Ramadhan. My brother sampai malam from Pahang (ada kenduri kawin kawan). Jamuan serba ringkas. First time we all together gi rumah pakcik bongsu a.k.a "busu". Byk kali dah pergi tapi lain2 rumah & tmpt. Kira this is the last house he bought..Maybe? Tq atas layanan dan makanan yang sedap! Tapi tukang masak tak lain dan tak bukan tentunya my mom + my sis (yg sememangnya rajin) walaupun demam. Thanks to emak..& my sis! Korang mmg sporting..sbb i nak jadi "photographer" jer! So sempat klik2 kat semua angle..Sooo nice! What a luvly home...

Nikmat makan tu dirasai oleh semua kecuali my sis. Sakit tekak nak menelan..Nikmat Allah sebenarnya mmg banyak. Dalam pada kita bernafas hari-hari, Dia telah memberinya FREE..Nikmat kesihatan juga tak terkira..Andai ditarik nikmat itu walau sedikit, terasa kesusahannya ke atas diri kita. Cth : sakit tekak @ perit nk telan..Makanan yang sedap mcm mana pun, pasti tak dapat kita rasa nikmatnya...

Nabi bersabda : "Setiap muslim yang ditimpa kesedihan, Allah menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." Hadith  ini mengukuhkan hadith lain yang menyentuh berkenaan ganjaran bagi orang yang sabar apabila ditimpa musibah. Apabila orang yang ditimpa musibah berupa penyakit menerimanya dengan sabar, Allah membalasnya dengan kasih sayang iaitu dosa-dosa si pesakit digugurkan. Insya Allah.

Saturday 16 July 2011

Menahan Marah

Abu Hurairah ra menceritakan bahawa ada seorang mencela Abu Bakar Ash Siddiq ra, sedangkan waktu itu Rasulullah saw sedang duduk di tempat itu. Sambil memerhatikan apa yang dilakukan Abu Bakar Ash Siddiq ra, Rasulullah saw tersenyum takjub. Abu Bakar Ash Siddiq ra hanya terdiam mendengar celaan itu.

Namun, setelah banyak celaan demi celaan dikeluarkan, Abu Bakar pun mulai sedikit menjawab celaan itu. Saat itulah senyum di wajah Rasulullah saw hilang dan berubah menjadi sikap marah. Lantas beliau bergegas pergi. Abu Bakar ra mengikuti beliau dari belakang dan bertanya, "Wahai Rasulullah, ketika orang tersebut mencelaku, engkau hanya duduk, tetapi apabila aku membalasnya, engkau berdiri dan segera pergi. Kenapa?"

Rasulullah saw pun menjawab, "Saat kau diam, ada malaikat bersamamu yang membalas celaan orang tersebut. Tetapi setelah engkau mula membalas, yang ada hanyalah syaitan dan aku tidak mahu duduk berdekatan dengan syaitan"...

Tuesday 12 July 2011

Doa

Wahai Rasulullah saw...Ajarkanlah kepadaku sebuah doa
...Suatu hari, Abu Bakar Ash Siddiq ra pernah berkata, "Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepadaku sebuah doa yang akan aku panjatkan dalam solatku. Rasulullah saw menjawab, "Katakanlah, 'Ya Allah, aku telah banyak berbuat kezaliman kepada diriku, dan tidak ada yang dapat mengampuninya kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan ampunanmu, lalu sayangilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang".